WELCOME TO MY BLOG


SEBALIK SPIDERMAN

Wednesday, 2 November 2011

 Siapakah Lelaki Ini??.

lagaknya sama dengan spiderrman
Akhirnya dia berjaya memanjat Menara Berkembar Petronas atau dikenali KLCC setinggi 452 meter dalam pecubaan ketiga sejak 1997. Siapa ni?. mungkin ramai tak mengenalinya. Gambar lelaki di atas Alain Robert, 47, lelaki Perancis yang terkenal dengan Spiderman. Robert dikatakan berjaya memanjat bagunan hingga ke puncak seawal jam 6.00 pagi.dan turun jam 7.40 pagi.

Dia ni memanglah, minat dia panjat bangunan - bangunan tinggi di serata dunia tanpa menggunakan apa - apa peralatan. Memang gila, tapi juga menakjubkan dan mengagumkan. Ya tak???..Apa yang nak dikongsikan bekaitan sudut positifnya, sudut motivasinya, apa yang dia mampu buktikan tu cukup mencabar kita untuk kukuhkan motivasi diri. kita perlu yakin pulak dengan apa yang kita nak capai. Ya Tak???..

Lelaki dia atas ni , sejak 12 tahun lalu cuba nak jejakkan kaki di puncak Menara Berkembar Petronas , tapi tak pernah berjaya sebab masalah undang - undang ataupun dihalang. Akhirnya diam - diam dia panjat juga, berjaya pulak tu. Tak jatuh. Memang dia ni macam labah - labah, betullah gelaran Spiderman diberikan pada dia, cuma dia tak bersanggayut je pada sesawang.

Menariknya adalah semangat dia untuk berjaya. itu yangkita boleh ambil daripada kegilaan dia. Betul menyalahi peraturan sebab boleh membahayakan diri, tapi kita tak boleh nafikan Skill dia sampai boleh tawan puncak bagunan macam tu punyai tinggi tanpa peralatan. tak ajaib ke????..
kata dia, " inilah bagunan paling sukar untuk saya panjat sebab selalu dihalang oleh pihak berkuasa anda. " Lepas je turun dari bagunan dia di tahan kena dakwa dan didenda atas kesalah menceroboh di bawah Seksyen 447 kanun Keseksaan. tak kisahlah tu kes dia buat pandailah dia tanggung sendiri. Sebenarnya apa yang hendak saya kongsikan dia semangat motivasi yang dia ada...yang buruk tu jangan ambil seperti yang saya tulis di atas kita ambil yang positif berdasarkan kemanpuan kita untuk berjaya.


Apa yang nak tekankan disini kita seharusnya ada semangat untuk berjaya dan kemahuan yang tinggi macam tu. Skill yang kita ada kena kita hargai dan buktikan kita hebat. Memang susah untuk sampai ke puncak bagi orang yang tak reti dan malas pulak. Tapi bagi orang yang gigih, yakin serta bermotivasi tinggi, ia bukan sesuatu yang mustahil, malah boleh jadi senang. Jom!!!!!!!!.......jadi seorang yang bermotivasi.

Tempat Lahirku

Tuesday, 1 November 2011

Assalammuaikum dan salam sejahtera


Nak kongsi tempat menarik

Sejarah Pantai Irama Bachok

            Apa yang hendak saya kongsikan ini adalah tempat  menarik di dearah  lahirnyaku.. “Bachok”. Dikenali sebagai Bachok sebabnya saya tak pastilah. Kata orang tua-tua dahulu Bachok ini kononnya pada zaman dahulu kala terdapat sebuah batu menyerupai seekor burung yang seakan-akan sedang terbang dari laut di tepi pantai sepanjang kira-kira 2 kilometer itu. Tempat di mana batu yang dikatakan telah wujud dan kini dikenali sebagai Kampung Tok Burong.

Pantai Irama Bachok
            Masyarakat dahulu kala di sini juga percaya mengenai cerita dogeng kononnya wujud sebuah kemudi emas yang timbul dipermukaan air di pantai itu bersama-sama seekor buaya putih. Menurut cerita, buaya putih sakti itu telah mengambil seorang budak perempuan di situ untuk dijadikan anak angkatnya sehingga dewasa. Kerana sayangnya yang tidak terhingga, buaya putih itu sentiasa memberi berupa barang-barang kemas kepada budak perempuan  itu. Tempat di mana berasalnya cerita dongeng itu kini dikenali sebagai Kampung Seri Kemudi. Kemudian dipanggil pula dengan nama Bachok. Entah la betul atau  tak kisah dongeng orang dulu – dulu tetapi apa pasti tempatnya mempunyai sebuah pantai yang jadi kebangaan anak watan. Pantai Irama Bachok terkenal dengan kecantikan dan menarik untuk beriadah.

 Pantai Irama juga menyimpan sejarah pahit tanahair kerana menjadi salah satu tempat pendaratan utama tentera jepun di Tanah Melayu pada zaman Perang Dunia Kedua dahulu dan kesan yang masih boleh dilihat ialah beberapa buah kubu tentera inggeris yang masih terdapat di situ.

Ada apa di Bachok?. Hotel 5 bintang?. Kompleks beli-belah?.

            Pernah seorang kawan bertanya kepada saya  soalan-soalan seperti di atas. Saya senyum tanpa jawab apa-apa. Rasa-rasa macam di tu bergurau. Kadang-kadang ada juga macam  rasa di perli. Ada juga terfikir, "Dia ni lemah betul pengetahuan am nya".

            Bachok tak ada hotel, tak ada kompleks beli-belah, tak ada panggung wayang dan tak ada lebuh raya. Pendek kata kami di Bachok tak ada benda-benda mewah  macam tu, (tapi orang kata di laut nya ada petrolium tapi hasil nya bukan untuk kami. Kami tak ada hak....kata mereka) kami hidup serba sederhana. Yang penting kami bahagia.

        Wakil Rakyat kami selalu bertukar, PAS....BN....PAS semula....BN semula .....dan sekarang ni PAS semula. Kami suka bereksperimen, kami dapati kedua-duanya sama saja.hahahahaa....
Bandar Bachok sama seperti keadaannya di tahun 60an dahulu. Kata bapa ku laa semasa bercerita tentang keadaan semasa di Bachok... Entah laaa...........

Pantai Irama Bachok merupakan pusat aktiviti nelayan
Pantai Irama  ni pun merupakan produk Bachok(produk pelancongan). Entah berapa kali dah saya cerita tentang Pantai Irama ni. Itu maknanya saya terlalu berbangga dengan tempat sendiri. Kalau kita tak ceritakan pasal keindahan tempat kita, siapa lagi?. Kalau tak dapat membangun secara fizikal, saya harap anak-anak Bachok akan membangun dari segi sahsiah dan jati diri.


Semoga akan terlahirlah  modal insan yang berkualiti dan tidak lupa asal-usul.

 Ermmmm.....ada lagi nak saya kongsikan.

         Terdapat  juga pelbagai infrastruktur yang disediakan dikawasan pantai seperti gerai jualan, tandas awam, surau, wakaf, tempat letak kerata yang sistematik, dataran, tempat menyalin pakaian dan taman permainan kanak-kanak. Pantai Irama terletak di dalam Daerah Bachok dan merupakan tempat kunjungan utama penduduk Daerah Bachok dan juga penduduk Negeri Kelantan khususnya.

Aktiviti Pelancongan
Jajahan Bachok telah dianugerahkan 2 lokasi pantai yang menarik iaitu Pantai Irama & Pantai Melawi. Sabanhari didapati bahawa semakin bertambah pelawat / pengunjung kedua-dua pantai tersebut.
Bergerak daripada asas inilah Jajahan ini telah mengambil inisiatif dengan menjadikan Jajahan Bachok terus kekal sebagai destinasi pelancongan dan sebagai Pusat Pelancongan bagi Jajahan Bachok.
Berasaskan ini juga Jajahan telah menggerakkan jentera untuk menceriakan pantai tersebut dengan mengadakan beberapa acara menarik untuk pengunjung yang datang ke Jajahan Bachok sepanjang tahun.
Oh...sekarang saya perkenalkan Bandar Bachok pulak kapada pembaca...
Sejarah Bachok - Bandar Pelancongan Islam

            Bachok merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada: Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu.

Aktiviti Sepanjang Tahun

  Tempat ini lebih dikenali sebagai perkampungan nelayan dengan pantainya yang menarik diantaranya yang terkenal ialah Pantai Irama, Pantai Kandis, PantaiKemayang, Pantai Melawi dan Pantai Pengkalan Pateh.Pada masa dahulu sejumlah orang Siam telah datang ke Bachok dan menetap di situ sebagai nelayan. Di antara kampung orang Siam yang terkenal di Bachok ialah Kampung Aril.

Nama Bachok dikatakan berasal dari dua perkataan Siam iaitu Ban dan Choh. Ban bererti kampung dan Choh pula bermakna jala/jaring untuk menangkap ikan. Orang Siam memanggil tempat itu Ban Choh kerana mata pencarian penduduknya tertumpu kepada menangkap ikan. Sebutan Ban Choh akhirnya bertukar menjadi Bachok mengikut loghat Kelantan.

 Lokasi : Bachok


 Pantai ini menghadap Laut China Selantan dan telah ditambak bagi mengelakkan hakisan dari berlaku. Sering dikujungi pada hari minggu (Jumaat dan Sabtu). Seringkali dijadikan tempat mengadakan pesta dan pelbagai acara keramaian. Terletak disepanjang laluan utama Bachok – Kota Bharu.

Peta Negeri Kelantan
             Ermmmm...... Apa yang saya kongsi di atas sebenarnya bertujuan untuk pengetahuan semua. Andai kata nak buat program atau apa - apa aktiviti lepas ni bolehlah ke tempat ini. mungkin ia menjanjikan pengalaman yang menarik kepada semua pembaca sekiranya mengunjung pantai Irama Bachok. Sebenarnya banyak lagi nak ceritakan pasal Bachok ini, nanti takut boring kalau cerita lebih - lebih. So kalau nak tahu keistimewaan Bachok berkunjunglah ke tempat ini sendiri...semoga seronok..