WELCOME TO MY BLOG

SEBALIK SPIDERMAN

Wednesday, 2 November 2011

 Siapakah Lelaki Ini??.

lagaknya sama dengan spiderrman
Akhirnya dia berjaya memanjat Menara Berkembar Petronas atau dikenali KLCC setinggi 452 meter dalam pecubaan ketiga sejak 1997. Siapa ni?. mungkin ramai tak mengenalinya. Gambar lelaki di atas Alain Robert, 47, lelaki Perancis yang terkenal dengan Spiderman. Robert dikatakan berjaya memanjat bagunan hingga ke puncak seawal jam 6.00 pagi.dan turun jam 7.40 pagi.

Dia ni memanglah, minat dia panjat bangunan - bangunan tinggi di serata dunia tanpa menggunakan apa - apa peralatan. Memang gila, tapi juga menakjubkan dan mengagumkan. Ya tak???..Apa yang nak dikongsikan bekaitan sudut positifnya, sudut motivasinya, apa yang dia mampu buktikan tu cukup mencabar kita untuk kukuhkan motivasi diri. kita perlu yakin pulak dengan apa yang kita nak capai. Ya Tak???..

Lelaki dia atas ni , sejak 12 tahun lalu cuba nak jejakkan kaki di puncak Menara Berkembar Petronas , tapi tak pernah berjaya sebab masalah undang - undang ataupun dihalang. Akhirnya diam - diam dia panjat juga, berjaya pulak tu. Tak jatuh. Memang dia ni macam labah - labah, betullah gelaran Spiderman diberikan pada dia, cuma dia tak bersanggayut je pada sesawang.

Menariknya adalah semangat dia untuk berjaya. itu yangkita boleh ambil daripada kegilaan dia. Betul menyalahi peraturan sebab boleh membahayakan diri, tapi kita tak boleh nafikan Skill dia sampai boleh tawan puncak bagunan macam tu punyai tinggi tanpa peralatan. tak ajaib ke????..
kata dia, " inilah bagunan paling sukar untuk saya panjat sebab selalu dihalang oleh pihak berkuasa anda. " Lepas je turun dari bagunan dia di tahan kena dakwa dan didenda atas kesalah menceroboh di bawah Seksyen 447 kanun Keseksaan. tak kisahlah tu kes dia buat pandailah dia tanggung sendiri. Sebenarnya apa yang hendak saya kongsikan dia semangat motivasi yang dia ada...yang buruk tu jangan ambil seperti yang saya tulis di atas kita ambil yang positif berdasarkan kemanpuan kita untuk berjaya.


Apa yang nak tekankan disini kita seharusnya ada semangat untuk berjaya dan kemahuan yang tinggi macam tu. Skill yang kita ada kena kita hargai dan buktikan kita hebat. Memang susah untuk sampai ke puncak bagi orang yang tak reti dan malas pulak. Tapi bagi orang yang gigih, yakin serta bermotivasi tinggi, ia bukan sesuatu yang mustahil, malah boleh jadi senang. Jom!!!!!!!!.......jadi seorang yang bermotivasi.

0 comments:

Post a Comment